|
:: 09-12-2009 | Misi Rahsia @ Gemas :: |
|
Written by dahalan
|
|
Wednesday, 09 December 2009 |
Baru je rasa nak berehat sikit setelah hampir 2 minggu di Langkawi, tetiba pagi tadi aku diarahkan pergi ke Gemas untuk satu lagi misi rahsia. First time aku sampai kat pekan Gemas ni, waktu dah hampir senja.
Tempat penginapan dah ditempah terlebih dahulu iaitu di tempat yang "Hidup Tak Nak Mati Pun Tak Mahu" Gemas Golf Resort.
Melangkah je aku keluar dari kereta, bau dari kilang getah yang entah dimana-mana ntah menusuk hidung sampai terasa pening dibuatnya.
Syukur, bilik kat sini agak luas walaupun bau getah masih boleh masuk kedalam, tahan je lah.
Keadaan kat sini agak sunyi, jadi aku ambil kesempatan berjalan2 sekitar padang golf (tak nampak pun orang yang main golf) sambil menghirup bau getah sekerap. Sunset boleh tahan jugak , nasib baik bawa kamera.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 09 December 2009 )
|